Majlis Perkahwinan Mohd Ali dan Khadijah
&g
Asam di darat, Ikan di laut, dalam periuk bikin muafakat
Inilah sebaris dari lagu yang dinyanyikan semula oleh Adibah Noor. Mohd Ali Yunos (Ali) dan Khadijah Abdullah (Imuk) merupakan bekas pelajar saya di Kolej Chermai Jaya. Setelah sembilan tahun bercinta, akhirnya Ali dan Imuk selamat diijabkabul pada 12 Disember 2009 dan majlis persandingan telah diadakan pada 13 Disember 2009. Kali terakhir bertemu mereka berdua iaalh pada tahun 2001. Setelah 8 tahun akhirnya saya bertemu kembali dan berpeluang merakamkan detik-detik manis di dalam hidup mereka. Saya mula mengenali pasangan pengantin pada tahun 1998. Ali merupakan seorang pelajar pendiam dan pemalu pada awalnya. Saya pernah bertanya kepada Ali ketika mula belajar di Kolej dahulu, mengapa diam dan tidak bertanya, Ali berkata, “Mamak saya pesan, jangan bising dalam kelas”, (Begitulah bunyinya tetapi saya tidak dapat mengingati dengan tepat kerana lebih sedekad peristiwa tersebut). Ketika di dalam kelas saya sering mengasak Ali dengan soalan-soalan untuk membolehkannya aktif di dalam kelas dan tidak membisu sahaja. Tindakan tersebut mungkin telah disalah tafsir dan menjadi gurauan di dalam kelas. Ali menunjukkan sikap yang agak negatif pada ketika itu. Setiap petang dia akan bermain skate-board dengan kawan-kawannya. Saya membiarkannya begitu dan merasakan pendekatan yang saya ambik telah menyebabkannya begitu. Namun pada suatu petang kalau tidak silap tahun 2000, Ali datang kepada saya dan bertanya boleh tak dia bekerja untuk saya dan sedia melakukan apa-apa kerja sahaja walaupun tiada gaji. Saya setuju dan sejak itu Ali membantu saya dan sejak itu Ali berubah. Mungkin kerana cinta…? Sejak itu Ali dan kawan-kawannya semakin rapat dengan saya, dan setelah menamatkan Diploma Sains Komputer, Ali dan kawan-kawannya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di UMS Labuan. Kini Ali dari seorang pendiam, telah menjadi pendidik anak-anak Bangsa di Semporna,
Kepada Ali & Imuk, selamat menempuh alam rumahtangga. Saya mendoakan rumahtangga anda berdua disinari kebahagian hingga akhir hayat.
Persiapan di bilik pengantin.
















